Logam kuning emas meroket lebih tinggi selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan tindakan ketenteraan ke atas Ukraine, sekali gus memacunya ke puncak tertinggi 13 bulan pada sesi Asia.
Kedengaran beberapa letupan di ibu kota Ukraine beberapa minit selepas pengumuman tersebut, menandakan Rusia semakin mara untuk menyerang Kiev.
Ketika penulisan, spot emas diniagakan meningkat pada sekitar harga $1,947 per auns, membawanya ke paras tertinggi sejak Januari 2021. Sementara niaga hadapan emas pula mengukuh pada harga $1,948 per auns.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Ukraine mengesahkan laporan media bahawa Kiev sedang diserang misil balistik dan peluru berpandu oleh Rusia.
Laporan berasingan pula memperlihatkan kenyataan daripada Menteri Luar Ukraine yang mendakwa tindakan Rusia merupakan perang keganasan dan mereka akan mempertahankan diri serta menghentikan Putin.
Emas yang dianggap sebagai aset selamat (safe-haven) telah melonjak dengan mendadak sejak ketegangan antara Rusia dan Ukraine semakin meningkat awal tahun ini.