Parah! Rusia Umum Operasi Ketenteraan Di Ukraine

1,882

Presiden Rusia Vladimir Putin baru sahaja mengumumkan ‘operasi ketenteraan’ di wilayah Donbas Ukraine pada pagi Khamis waktu tempatan.

Beliau membuat pengisytiharan tersebut dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada masa yang sama ketika Majlis Keselamatan PBB mendesaknya untuk berhenti menimbulkan ancaman.

Memetik kepada laporan terbaharu BBC, Putin juga menggesa supaya angkatan tentera di zon pertempuran di timur Ukraine untuk meletakkan senjata dan mengundurkan diri. Tambah beliau lagi, sekiranya berlaku pertumpahan darah Ukraine akan dipersalahkan.

Selain itu, beliau juga berkata ‘keadilan dan kebenaran’ berada di pihak Rusia, memberi amaran bahawa tindak balas Moscow akan lebih pantas jika sesiapa cuba untuk menentangnya.

Presiden Rusia itu turut mengatakan bahawa tindakannya adalah sebagai mempertahankan diri dan de-Nazifikasi Ukraine.

“Pertempuran antara Rusia dan Ukraine tidak dapat dielakkan… hanya menunggu masa”, tambah Putin.

Susulan pengumuman itu, terdapat laporan yang menyatakan kedengaran beberapa letupan di ibu kota Kiev, Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat