Harga Bitcoin (BTC) pada hari ini telah melonjak semula keparas $32,000 sebelum jatuh ke patas $31,551. Hal ini secara tidak langsung menyuburkan kembali harapan dalam kalangan pemain pasaran bahawa Bitcoin berada dalam fasa pemulihan dan bukan lagi fasa kejatuhan.
Waima begitu sebahagian penganalisis masih lagi ragu-ragu mengenai nuansa pemulihan Bitcoin yang berdasarkan indikasi-indikasi tertentu.Kebanyakkan berpendapat lonjakan ini adalah sebagai satu ‘perangkap’.
BTC kini didagangkan pada $31,500, meningkat hampir 7% dalam tempoh tiga hari yang lalu. Walaupun ia telah pulih sehingga melebihi $30,000, penganalisis berpandangan bahawa sebagai langkah berjaga-jaga, pemain pasaran seharusnya memerhatikan dua paras dagangan. Dimana Bitcoin perlu mengesahkan sekurang-kurangnya dua lagi tahap untuk lonjakan lebih lanjut.
Sebelum menakluki tahap tersebut, sentimen terhadap Bitcoin dilihat masih lagi ‘bearish’ atau fasa penurunan memandangkan 8 minggu berturut-turut ia ditutup rendah dan harganya telah kehilangan separuh daripada paras tertinggi sepanjang masa.
BTC perlu mengesahkan $31,800 dahulu dan kemudian $34,000. Pada ketika ini, BTC sedang bergelut untuk menakluki paras dagangan $31,800. Jika ia berjaya maka paras rintangan seterusnya adalah $34,000.
Sebahagian besar keuntungan BTC baru-baru ini telah didorong oleh pemulihan kukuh dalam pasaran saham. Dimana Nasdaq 100- BTC dalam pasaran saham meningkat 7% dalam tempoh lima hari yang lalu.
Walaupun begitu harus dimaklumi bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada kelemahan pasaran saham dan kripto masih berlaku. Inflasi yang meningkat dan kadar faedah sebahagian besarnya telah menghakis selera pelabur terhadap aset berisiko.