‘Alright tak alright tu penerima vaksin Pfizer semua?’
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla, mengatakan dos ke-4 vaksin Pfizer Covid-19 adalah ‘kemestian’ bagi mencegah virus daripada berjangkit.
Kenyataan tersebut telah dibuat Bourla semasa membuat penampilan di CBS pada 13 Mac lalu.
Hujar beliau, suntikan ke-4 atau dos booster ke-2 adalah diperlukan buat masa ini kerana dos ke-3 hanya berkesan untuk mengurangkan kemasukan ke hospital dan bagi mencegah lebih banyak simptom sederhana, namun tidak cukup kuat dalam melawan keberjangkitan.
Tambahnya lagi, mereka telah menghantar data kepada Food and Drug Administration (FDA ) Amerika Syarikat (AS) dan sedang menunggu keputusan dari pakar mengenai strategi vaksinasi tersebut.
Sebagai pengetahuan, pada Ogos tahun lalu FDA telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer Covid-19 bagi remaja berusia 16 tahun ke atas dan penggunaan dos ke-3 turut diberi kelulusan semasa dalam kecemasan.
Buat masa ini Israel, Chile dan Jerman telah memulakan pensyoran dos ke-4 bagi kumpulan berisiko tinggi.
Dalam pada itu, Bourla turut menyatakan bahawa syarikatnya sedang cuba mencipta vaksin baru yang ‘mampu melawan semua varian’ termasuk Omicron yang boleh memberi perlindungan ‘setahun’ kepada pengguna.
Hujarnya, selain Omicron, terdapat varian lain dan mereka tidak pasti berapa lama vaksin terkini akan bertahan dalam melawan varian-varian yang baru muncul.
Sebagai makluman, Peter Marks, ketua FDA program vaksin pernah menyatakan bahawa suntikan booster adalah sangat diperlukan bagi menghadapi varian baru.