Greenpeace, bersama-sama dengan pertubuhan kelestarian iklim, termasuk pengerusi eksekutif Ripple, Chris Larsen telah melancarkan kempen baharu yang menggesa penukaran Bitcoin (BTC) daripada Proof-of-Work (PoW) kepada mekanisme mesra alam sekitar.
Kempen ‘Change the Code Not the Climate’ disasarkan kepada ketua industri utama, pelombong-pelombong Bitcoin, termasuk influencers seperti Elon Musk dan Jack Dorsey.
Objektifnya sudah tentu penggunaan tenaga dan penghasilan karbon dapat dikurangkan dengan peralihan kepada konsensus baharu.
Seperti Ethereum yang dulunya mengaplikasikan model yang sama seperti Bitcoin dan kini sedang beralih kepada Proof-of-Stake (PoS).
Difahamkan konsensus tersebut bakal mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 99%.
Disebabkan itu, wajar jika Bitcoin dapat berbuat demikian memandangkan rangkaian ini sudah banyak kali menerima kritikan; pertama, Greenpeace menyekat pemberian sumbangan dalam BTC selepas penerimaan dalam 7 tahun bermula Mei 2021; dan kedua, Tesla tiba-tiba mengumumkan pembayaran dalam BTC bagi setiap pembelian produknya dihentikan.
Terbaru, Kesatuan Eropah menggesa sekatan terhadap aset kripto yang menggunakan PoW tetapi undian menunjukkan idea tersebut tidak perlu sebaliknya hanya perlukan penyeliaan yang lebih ketat.
Menurut Larsen, Bitcoin sudah asing daripada kebanyakan mata wang kripto kerana Solana dan Cardano sendiri dibangunkan berdasarkan model yang mesra alam sekitar. Perkara ini juga pernah disuarakan oleh Larsen pada awal Disember 2021.
Tetapi sejauh manakah perubahan ini dapat direalisasikan?
Penganalisis Bitcoin dari CoinShares, Chris Bendiksen memberitahu tiada seorang pun dalam komuniti Bitcoin mahu mempertaruhkan perlindungan rangkaian dengan beralih kepada model PoS.