Tesla Ada Berita Baik Untuk Pelabur Bitcoin (BTC)!

1,709

Syarikat pembuatan kereta elektrik Tesla mungkin akan menyokong semula pembayaran dalam matawang kripto berdasarkan laporan suku ketiga yang difailkan untuk Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat baru-baru ini.

Laporan tersebut mendedahkan untuk tempoh 9 bulan yang berakhir pada 30 September, Tesla telah membuat pembelian Bitcoin (BTC) bernilai sekitar $1.5 bilion.

Sehingga hujung Mac, firma itu telah menerima BTC sebagai medium pembayaran untuk beberapa produk mereka di sebahagian daerah.

Namun, kaedah tersebut terpaksa disekat pada Mei 2021 susulan daripada isu penggunaan bahan api fosil yang meningkat ekoran daripada perlombongan Bitcoin.

Laporan itu juga menekankan potensi jangka panjang aset digital sebagai aset pelaburan dan boleh dicairkan kepada tunai.

Ketika artikel ini ditulis, Tesla memiliki sekitar 43,200 BTC yang bernilai $2.7 bilion. Walaupun telah menjual 10%  daripada pegangan bitcoin, firma ini masih mengaut hampir $1.3 bilion unrealized profit.

Tesla juga merupakan pelabur korporat kedua terbesar Bitcoin (BTC) selepas MicroStrategy yang memiliki sekitar 114,000 BTC yang bernilai kira-kira $7.4 bilion.

Manakala Square memiliki 8,000 BTC, menjadi ia firma ketiga terbesar selepas Tesla.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat