Tesla Untung Besar Dengan Menjual Separuh Aset Bitcoin (BTC)!

4,111

Cepat masa berlalu rupanya sudah dua bulan sejak berita tergempar Tesla membuat pelaburan $1.5 bilion dalam Bitcoin (BTC).

Dalam pendedahan terbaru pada hari ini, Tesla Motors telah menjual sebahagian daripada pemilikan bitcoin dalam suku pertama 2021, membawa keuntungan mencecah $272 juta.

Khabar itu juga ada dimuatnaik oleh pengasas firma, Elon Musk di laman Twitter pada awal pagi tadi.

Musk menekankan bahawa Tesla telah menjual 10% daripada pegangan bitcoin hanya untuk membuktikan kecairan aset digital sebagai alternatif kepada pegangan tunai dalam penyata imbangan.

Pada masa yang sama, Tesla turut ada menekankan ‘kesan positif $101 juta’ dari aliran keluar tunai bersih yang bernilai $1.2 bilion dalam kripto.

Harga Bitcoin pada suku pertama tahun ini menunjukkan pergerakan positif bermula dengan nilai dagangan pada ketika itu sekitar $32,000.

Hasil pelaburan Tesla pada Februari termasuk keputusan mereka untuk menerima raja kripto itu sebagai medium pembayaran bagi setiap pembelian kenderaan, tidak lupa juga dengan tindakan MicroStrategy dan Square menambah lagi aset bitcoin ke dalam pegangan mereka telah membawa harga Bitcoin melonjak luar biasa.

Kini, ketika penulisan, matawang Satoshi Nakamoto didagangkan pada $53,909, melonjak lebih 3% dalam 24 jam.

Sebagai rekod, hasil daripada $272 juta itu telah menyumbang kepada keuntungan bersih suku tahunan Tesla yang bernilai $438 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat