Square ‘Top-Up’ Aset Bitcoin Bernilai $170 Juta

1,379

Firma perkhidmatan kewangan, Square, Inc. menerusi laporan suku keempat pada hari ini mendedahkan telah membuat pembelian Bitcoin (BTC) bernilai $170 juta.

Syarikat yang dimiliki oleh Jack Dorsey telah membeli sebanyak 3,318 bitcoin sebagai tambahan kepada simpanan bitcoin sebelum ini yang dibeli pada Oktober 2020 iaitu sebanyak 4,709 (sekitar $50 juta).

Pemilikan bitcoin yang dimiliki Square ketika ini mewakili sebanyak 5% daripada jumlah keseluruhan aset firma setakat akhir tahun 2020.
Bitcoin ketika penulisan, harga Bitcoin didagangkan pada lebih $48,000, meningkat hampir 62% bagi tahun ini.

Pelaburan terbaru Square menunjukkan kesungguhan firma itu dalam sektor kripto. Jelas mereka lagi, syarikat itu merancang untuk menilai pelaburan agregat mereka di dalam bitcoin berbanding pelaburan mereka yang lain.

Sejak daripada pertengahan 2020 lagi, lambakan firma bermula dengan MicroStrategy sudah mula beralih kepada pelaburan bitcoin, menjadikan perubahan itu sebagai sesuatu yang biasa pada masa kini.

Salah satunya yang mencuri perhatian dunia, ketika Tesla membuat pelaburan $1.5 bilion dalam Bitcoin pada awal bulan Februari.

Ketika Bitcoin melonjak melepasi paras harga $58,000, Tesla mencatat keuntungan hampir $1 bilion sebelum raja matawang kripto itu susut pada awal minggu ini kepada $48,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat