Harga barangan pengeluar telah mencatata lonjakan yang tinggi pada bulan Mac dengan bertumbuh pada kadar terpantas sejak data tersebut mula diterbitkan.
Indeks Harga Pengeluar (IHP) yang mengukur harga barangan yang dibayar oleh pemborong, meningkat 11.2% setahun pada bulan Mac. Ia merupakan satu peningkatan paling besar sejak November 2010. Pada asas bulan, IHP telah meningkat 1.4%, melebihi angka yang disasarkan Dow Jones iaitu pada 1.1%.
Jika tidak mengira perkhidmatan makanan, pedaganga dan tenaga iaitu sering dikenali sebagai IHP teras, ia telah meningkat 0.9% pada asas bulanan, hampir dua kali ganda anggaran 0.5% dan keuntungan bulanan terbesar sejak Januari 2021. Dengan ini IHP teras meningkat 7% pada asas tahun ke tahun .
Harus dimaklumi bahawa IHP adalah salah satu ukuran inflasi yang merangkumi lebih banyak aspek kerana mengambil kira faktor rantaian bekalan. Data ini dikeluarkan selepas Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat sebanyak 8.5% pada bulan Mac dan ia merupakan bacaan tertinggi sejak Disember 1981.
Inflasi yang meningkat telah mendorong Rizab Persekutuan untuk mula mengetatkan dasar monetari. Pada bulan Mac, the Fed meningkatkan kadar pinjaman jangka pendek penanda arasnya sebanyak 0.25 mata peratusan sebagai langkah pertama. The Fed dijangka akan terus menaikkan kadar sehingga 2.5% menjelang akhir tahun.
Pasaran tidak menunjukkan reaksi ketara selepas data ini dikeluarkan dengan Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama telah mengukuh ke paras dagangan 100.480.