Harga Bitcoin (BTC) telah menurun lebih 33% dalam tempoh 30 hari yang lalu. Walau bagaimanapun, kelompok ‘whales’ BTC telah memanfaatkan penurunan harga pada ketika ini dengan menambah pegangan BTC mereka.
Penurunan harga baru-baru ini telah terbukti menjadi durian runtuh segelintir pemain pasaran dimana ia menjadi peluang pengumpulan yang bagus untuk kelompok ‘whale’. Berdasarkan data yang dikongsikan IntoTheblock, jumlah Bitcoin yang dipegang oleh dompet yang memiliki jumlah BTC atas 100k mencatat paras tertinggi baharu pada hari Jumaat lepas.
Firma tersebut juga menambah bahawa, lebih 776K BTC dipegang oleh 5 alamat. Pegangan btc dompet ini telah meningkat sebanyak 16% dalam tempoh 30 hari yang lalu. Jumlah nilai pegangan Bitcoin sekitar $16 bilion. Ini adalah jumlah besar yang tidak di pegang olah mana-mana entiti lain maka dengan itu pemain pasaran harus memberi perhatian kepada alamat ‘whales’ tersebut. Hal ini kerana jika kelompok tersebut memilih untuk mengurangkan pegangan, ia dijangka dapat memberi impak buruk pada pasaran.
Harga mata wang kripto terbesar di dunia telah mencatatkan penurunan yang ketara sejak beberapa bulan lalu. Ini disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh para holders berhubung jangkaan kenaikan kadar faedah oleh the Fed. Harga Bitcoin turun hingga menyentuh paras harga 17K pada 19 Jun 2022 sebelum bermain pada paras $20k pada hari ini.
Harga Bitcoin telah turun sebanyak 4% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia didagangkan pada harga purata $20,324.12 pada masa penulisan. Jumlah dagangan 24 jam BTC juga turun sebanyak 10% kepada $28.3 bilion.
Berdasarkan laporan oleh penyelidikan Arcane, pelombong BTC menjual pegangan Bitcoin mereka secara agresif pada bulan Mei. Empat bulan pertama 2022 menyaksikan syarikat perlombongan awam menjual 30% daripada pengeluaran mereka. Kejatuhan harga telah memaksa pelombong menjual pegangan mereka.