Penganalisis mendedahkan perkembangan mata wang kripto Dogecoin (DOGE) dan Shiba Inu (SHIB) bakal membuatkan harganya mandaki tinggi sungguhpun pasaran kini masih bearish.
Difahamkan juga bahawa dua kripto meme terkenal DOGE dan SHIB ini dapat mengharungi pasaran kripto yang sukar susulan sokongan kuat daripada komuniti memecoin.
Sementara itu, harga DOGE bukan sahaja meningkat sejurus selepas pasaran kripto mula membuat pemulihan malah jumlah had pasarannya adalah yang tertinggi berbanding SHIB.
Buktinya, modal pasaran DOGE berjumlah $7.81 bilion, yang kini berlegar-legar pada zon harga $0.06000 dalam tempoh 24 jam lalu manakala SHIB mempunyai $5.55 bilion dengan paras harga $0.00001010.
Dalam pada itu, Ethereum (ETH) whales terbesar bukan sahaja lebih berminat membuat pelaburan dalam SHIB walaupun pasaran kripto berada dalam keadaan tegang bahkan yakin bahawa harga memecoin tersebut dapat melonjak naik.
Secara konteks, SHIB merupakan memecoin kedua terbesar yang kini mencapai kedudukan 15 dalam modal pasaran manakala DOGE di kedudukan 10.
Baru-baru ini juga, gergasi teknologi Google menerima transaksi menggunakan mata wang kripto seperti DOGE dan SHIB agar pengguna Cloud dapat berurus niaga dengan mudah.
Pada sumber berbeza, Google turut membuat perjanjian bersama exchanger kripto Coinbase dalam membolehkan pengguna Google Cloud membayar perkhidmatan melalui mata wang kripto.