Mungkin ramai yang tertanya-tanya, sejauh manakah perkembangan rangkaian Ethereum?
Dalam perkongsian terbaru pengasasnya, Vitalik Buterin menerusi sesi podcast Bankless baru-baru ini menjelaskan ada beberapa aspek penting perlu dicapai bagi memastikan rangkaian kedua terbesar itu benar-benar desentralisasi dan skalabiliti penuh.
Buterin yakin pada masa akan datang, kesemua blockchains akan bersatu di bawah kehadiran pengesahan blok dalam konsep yang desentralisasi dan kalis tapisan.
Perkara pertama yang diutamakan:
- Penggabungan
- Merujuk kepada peralihan daripada mekanisme proof-of-work (PoW) kepada proof-of-stake (PoS)
- Berlaku pada separuh pertama 2022 dengan kehadiran kemaskini Altair. Baca sini.
- Peningkatan
- Merujuk kepada kebolehan untuk meningkatkan skalabiliti, penghasilan, dan jalur lebar yang lebih luas di Ethereum melalui fungsi zk-rollups.
- Zk-rollups (Zero-Knowledge Rollups) merupakan kontrak pintar yang menskalakan rangkaian Ethereum dengan memproses beberapa transaksi dari blockchain
Buterin juga mendedahkan perkembangan Ethereum sejak rangkaian itu bersiaran 6 tahun lalu telah mencapai 50% selepas pelancaran Beacon Chain, hard fork London dan pertumbuhan pasaran non-fungible token (NFT).
Tetapi seperkara yang perlu diketahui umum, apabila selesai fasa penggabungan dan peningkatan, akan berlaku pula perlaksanaan penuh sharding, menjadikan rangkaian ini 80% mampan.
Berdasarkan roadmap Ethereum, dijangkakan lagi 6 tahun diperlukan untuk 100% pengoptimasian rangkaian.
Ini dikongsi di dalam twit Buterin pada 2 Disember sempena ulangtahun Beacon Chain yang pertama selepas dilancarkan pada 1 Disember 2020.
Happy birthday beacon chain!
Here's an updated roadmap diagram for where Ethereum protocol development is at and what's coming in what order.
(I'm sure this is missing a lot, as all diagrams are, but it covers a lot of the important stuff!) pic.twitter.com/puWP7hwDlx
— vitalik.eth (@VitalikButerin) December 2, 2021