Kenali Ethereum 2.0, Era Baru Bagi Rangkaian Ethereum

1,651

Pertama kali Team Intraday membuat liputan berkaitan Ethereum 2.0 adalah pada pertengahan November 2020, di mana pada masa itu kontrak deposit ETH 2.0 berjaya mencapai jumlah yang diperlukan, 524,288 Ether.

Ramai yang masih tertanya – apa tu ETH 2.0?

Secara ringkasnya, Ethereum 2.0, juga dikenali sebagai Serenity merupakan versi terbaru Ethereum yang mana berlaku penambahbaikan dari aspek kelajuan, kecekapan dan skalabiliti rangkaiannya tanpa mengorbankan ciri keselamatan dan desentralisasi.

Ia mengambil jangka masa yang agak lama untuk sepenuhnya beroperasi memandangkan projeknya memiliki beberapa peringkat, bermula dengan:

Fasa 0 : Khusus untuk pelancaran beacon chain. Melalui pelancaran ini, wujudlah token baru, ETH2. Pengguna boleh menukarkan kepada ETH2 (1:1) melalui kontrak pendaftaran yang mana akan membakar ETH yang pengguna pernah miliki. Komuniti juga memiliki pilihan untuk taruhkan 32 ETH2 pada validator nodes.

Telah berlaku secara rasmi pada 1 Disember 2020.

Fasa 1 : Fasa ini akan memperkenalkan shard chains, yang mana akan membenarkan validator menghasilkan blok pada blockchain menerusi proof of stake (PoS). Kemudian, mainnet Ethereum akan memperkenalkan shard chains sebelum bermula peralihan daripada proof of work (PoW) kepada PoS.

Dijangka akan berlaku dalam 2021.

Fasa 2 : Ethereum 2.0 akan difinalizekan sebelum menjadi rangkaian Ethereum secara rasmi. Shard chains juga mampu beroperasi dengan kontrak pintar, membenarkan pembangun Dapps dan teknologi lain untuk berintegrasi dengan Ethereum 2.0.

Jangkaan pelancaran sepenuhnya sama ada pada tahun ini atau berikutnya.

Ethereum 2.0 memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjadi rangkaian berskala. Tanpa ciri terbaru PoS, shard chains dan beacon chain, Ethereum berpotensi runtuh sebagai platform kontrak pintar yang unggul dalam sektor kripto.

Ia mengambil masa yang agak lama. Dan, boleh lebih lama daripada jangkaan semasa.

Apa-apa pun, jika anda berminat untuk bersembang dengan komuniti kripto Intraday, boleh lawati Forum Intraday! Baca Intraday, baru trade!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat