Confirmed! ETH 2.0 Dilancarkan 1 Disember

668

Dalam laporan terbaru, tarikh pelancaran Ethereum 2.0 telah sah dikunci pada 1 Disember 2020.

Pengumuman tersebut didedahkan susulan daripada kejayaan pengumpulan kontrak deposit berjumlah 524,288 Ether dari 16,384 validators seperti yang ditetapkan pada 5 November lalu.

Pada awalnya, rekod penyertaan mencatat kadar yang rendah, mendorong kebimbangan jika rancangan tersebut akan menemui kegagalan.

Namun, dalam 14 jam lalu sejumlah aset Ethereum lebih 200,000 ETH dikirim sebagai kontrak deposit bagi pelancaran teknologi baru itu.

Seperti yang diharapkan oleh pihak pembangun blockchain Ethereum, jumlah tersebut berjaya dicapai 7 hari sebelum pelancaran rasmi pada awal Disember nanti.

Ini bermakna, sebaik sahaja mereka memasukkan deposit tersebut, peserta ETH 2.0 tidak dapat mengeluarkan syiling mereka sehingga platform itu mencapai Fasa 1.5.

Ketika di fasa tersebut, mainnet Ethereum akan disatukan bersama beacon chain ETH 2.0 dan persekitaran terlindung, yang mana kebanyakan hodler menunggu pihak ketiga melancarkan perkhidmatan taruhan yang membolehkan pengeluaran.

Bagaimanapun, penantian tersebut berisiko terdedah dengan exit scams iaitu kehilangan dana yang dibawa lari oleh pengasas projek.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat