Matawang Euro dan sterling mengukuh ada hari Isnin berbanding mata wang safe have berikutan disokong oleh sentimen risiko global yang bertambah baik dalam sesi dagangan yang tidak bergerlora berikutan cuti di Amerika Syarikat.
Saham Eropah dan indeks saham FTSE Britain meningkat pada hari Isnin, dibantu oleh keuntungan dalam syarikat minyak dan gas. Pasaran A.S. ditutup semena Hari Kemerdekaan.
Matawang Sterling dan Euro mengukuh berbading US dolar, yen Jepun dan franc Switzerland. Matawang Euro mengukuh 0.2% kepada paras dagangan 1.0448 berbanding US dolar, manakala matawang Sterling mengukuh sebanyak 0.44% kepada paras dagangan 1.2148 berbanding US dolar. Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan susut 0.2% kepada paras dagangan 104.700.
Menurut Shaun Osborne, ketua strategi FX di Scotiabank berpendapat perdagangan adalah tenang dalam permulaan dagangan minggu ini yang menunjukkan dolar AS melemah berbanding kebanyakan mata wang utama”.
Laporan bahawa Rumah Putih akan mengumumkan pelonggaran beberapa tarif China akhir minggu ini dalam rangka usaha untuk meredakan inflasi yang tinggi membantu menyuntik keyakinan kembali ke dalam pasaran, tambah Osborne.
Namun begitu, di tengah-tengah kebimbangan kemelesetan global, euro kekal menghampiri paras terendah lima tahun berbanding US dolar. Peperangan di Ukraine dan kejatuhan ekonominya, khususnya inflasi makanan dan tenaga yang melambung tinggi, telah menjadi hambatan besar kepada Euro , yang telah melemah 8% berbanding US dolar pada tahun ini. Perbezaan antara Bank Pusat Eropah dan tindak balas Rizab Persekutuan AS terhadap inflasi yang lebih tinggi juga telah menjejaskan euro.
Data pada hari Jumaat menunjukkan inflasi zon euro melonjak kepada bacaan yang tinggi, menambah tekanan ke atas ECB untuk menaikkan kadar faedah bulan ini buat kali pertama dalam satu dekad. Jeremy Stretch, ketua strategi FX G10 di CIBC berkata, beliau menjangkakan masalah euro akan berterusan kerana ECB bersedia untuk menaikkan kadar pada 21 Julai dengan jangkaan kenaikan 25 mata asas”.
Pasaran turut memberi tumpuan pada penerbitan minit daripada mesyuarat Fed bulan lepas pada hari Rabu dan data pekerjaan AS pada hari Jumaat.