Pergerakan pasaran pada pembukaan dagangan awal minggu ini memberi petunjuk sentimen pasaran yang sedikit pulih setakat sesi New York semalam selepas peperangan antara Rusia dan Ukraine telah berlarutan selama beberapa hari sejak minggu lalu.
Pelabur sedang berwaspada sementara perkembangan krisis sedang dalam fasa rundingan antara Rusia dan Ukraine namun masih lagi mendapat kata putus. Rundingan akan bersambung lagi pada hari ini.
Pergerakan harga pada carta-carta mata wang utama pada awal minggu lebih perlahan dan US dolar dilihat sedikit susut selepas pengukuhan yang dipamerkan pada minggu lalu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-12
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga yang dibuka rendah pada sesi Asia telah memaparkan kenaikan harian sekitar 100 pips dengan paras ketinggian pada sekitar 1.12460 dicapai pada sesi New York.
Sentimen pasaran pulih telah mendorong kenaikan tersebut ekoran tarikan terhadap US dolar sebagai safe-haven sedikit memudar.
Memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish, harga yang melepasi semula paras 1.12000 turut bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Walau bagaimanapun, pelabur masih berhati-hati ekoran harga masih bergerak dalam corak menurun. Petunjuk lebih jelas akan dinantikan.
Sekiranya harga meneruskan lonjakan lebih tinggi untuk trend bullish, jangkaan zon pada 1.12700 ketika penutupan dagangan penghujung minggu lalu bakal diuji sekali lagi.
Melepasi zon tersebut akan mendorong kenaikan harga menuju zon SBR (support become resistance) 1.14000.
Namun jika krisis perang kembali tegang semula, harga bakal menyambung semula penurunan melepasi zon support semasa sekitar 1.11200.
Penurunan yang diteruskan akan mencatatkan paras terendah terbaru sejak pertengahan 2020 dengan jangkaan paras sasaran pada 1.1000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG