Situasi penyusutan nilai US dolar pada pembukaan pasaran di awal minggu ini telah mendorong kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada sesi Asia.
US dolar terus menyambung corak penurunan minggu lalu susulan sentimen pasaran yang dinilai sedikit memulih dengan laporan sekatan pergerakan yang dilonggarkan di China.
Tekanan akan terus dihadapi oleh US dolar sementara pasaran akan menanti untuk memantau laporan minit mesyuarat FOMC serta data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan.
Pound bergerak lebih positif berbanding prestasi suram US dolar, namun pelabur akan berwaspada menjelang terbitan data sektor ekonomi bagi pembuatan dan perkhidmatan di UK dan AS minggu ini.
Pada minggu lalu, laporan data pekerjaan UK telah berjaya melonjakkan Pound namun reaksi negatif pasaran dilihat susulan data inflasi UK diterbitkan.
Pound berjaya mengakhiri dagangan minggu lalu lebih baik berbanding US dolar yang mengalami minggu penyusutannya mencapai ke paras ketinggian 1.25000.
Kenaikan harga pada sesi Asia pagi ini dilihat telah melepasi zon rintangan pada 1.25000 sekaligus mengatasi ketinggian minggu lalu itu.
Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih memberi isyarat bullish untuk harga menyambung kenaikan lebih tinggi.
Sasaran bagi rintangan berikutnya adalah pada 1.26000, iaitu zon yang diuji ketika reaksi kenaikan harga pada mesyuarat FOMC yang lalu.
Sekiranya harga membuat penurunan semula, zon sokongan awal harga dilihat pada 1.24000 sebelum penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.23000.
Penurunan yang dilanjutkan bakal menguji zon support pada 1.21700 atau paras tumpuan lebih rendah pada 1.21000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG