Pound Sterling menjadi antara mata wang utama dalam pasaran dengan prestasi yang cemerlang dengan peningkatan yang dipamerkan sehingga dagangan sesi New York semalam.
Menyokong pengukuhan Pound adalah data inflasi UK yang diterbitkan semalam mencatatkan peningkatan ke paras 7.0% berbanding 6.2% sebelum ini, kadar tertinggi untuk tempoh 30 tahun.
Namun, ketika data tersebut diterbitkan pada sesi Eropah semalam, reaksi awal Pound tidaklah begitu memberangsangkan.
Lonjakan lebih jelas bermula pada pembukaan sesi New York yang turut mengambil kesempatan di atas kelemahan US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-31
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga yang berlegar pada zon support 1.3000 semalam kemudiannya telah melonjak sehingga melepasi paras rintangan jangkaan pada 1.31000 di penghujung sesi New York.
Pelabur telah melihat isyarat untuk perubahan trend bullish selepas peningkatan harga yang bergerak di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Lonjakan sekitar 120 pips tersebut terus bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan sasaran selanjutnya harga adalah untuk menuju zon SBR (support become resistance) pada 1.31700-1.3200 pula.
Namun waspada sekiranya US dolar kembali menyambung rentak pengukuhan semula yang boleh menjunamkan harga.
Sekiranya penurunan semula harga berlaku, zon support pada 1.3000 masih kekal menjadi zon utama yang akan diuji harga.
Jika zon tersebut akhirnya gagal untuk membendung kejatuhan lebih rendah, penurunan seterusnya dilihat akan menuju ke sekitar paras 1.29000 untuk catatkan paras terendah terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG