Negara Kesatuan Eropah (EU) boleh menggunakan €225 bilion dalam pinjaman yang belum digunakan daripada dana pemulihan Covid-19 untuk menangani masalah tenaga, kata Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Valdis Domrovskis.
Terdahulu, EU telah melancarkan program peminjaman bersama bernilai €800 bilion pada tahun lepas untuk membantu 27 ahlinya pulih daripada pandemik coronavirus.
Namun bukannya pandemik, kerajaan kini bergelut dengan krisis kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan harga tenaga selepas Rusia menghentikan kebanyakan penghantaran gas ke Eropah atas tindak balas terhadap sekatan dikenakan ke atasnya.
Valdis Domrovskis memberitahu perkara tersebut kepada jawatankuasa ekonomi Parlimen Eropah, mengatakan negara anggota boleh meminta pinjaman untuk membiayai pelaburan dan pembaharuan tambahan.
Ujar beliau lagi, pinjaman ini boleh digunakan untuk bertindak balas terhadap pencerobohan Moscow serta untuk membiayai pembaharuan di bawah pelan ‘REPowerEU’, rancangan untuk mengurangkan kebergantungan kepada minyak Rusia.
Dombrovskis berkata kerajaan juga boleh mengubah suai rancangan perbelanjaan yang diluluskan kerana perang di Ukraine telah mengubah keadaan di mana rancangan awal dibuat.
EU kini berdepan dengan risiko kemelesetan berikutan krisis tenaga yang dihadapinya akibat perang Rusia dan Ukraine.