Emas bertahan pada keuntungan walaupun US dolar mula mempamerkan peningkatan menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.
Pada sesi dagangan Asia,logam berharga itu didagangkan lebih tinggi pada sekitar harga $1,707 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,710 per auns.
Menuju pengeluaran data harga pengguna AS, pelabur dilihat lebih berhati-hati untuk meletakkan posisi dalam pasaran.
Pada bulan Oktober, inflasi dijangka meningkat kepada 7.9% tahun ke tahun dan 0.5% pada asas bulanan.
Sekiranya inflasi menepati jangkaan atau menurun lebih rendah, ia boleh mengubah jangkaan baharu pelabur untuk melihat kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan daripada Federal Reserve (Fed).
Dalam pada itu, pelabur turut mengikuti perkembangan semasa dalam pilihan raya di Amerika yang mana setakat pagi ini, Republikan mendahului Parti Demokrat di Dewan Rakyat dan Senat (menurut Wall Street Journal).