Pelabur jangkakan pergerakan harga yang drastik akan berlaku pada sesi New York Jumaat lalu ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan, namun sebaliknya yang berlaku.
Laporan data yang agak bercampur mengundang reaksi pasif pasaran dengan pertambahan pekerjaan di bulan Mac di AS adalah lebih rendah berbanding ramalan. Namun purata pendapatan dan kadar pengangguran diterbitkan dengan bacaan yang baik.
Justeru, US dolar berjaya pamerkan sedikit peningkatan, namun pada momentum yang lemah.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-24#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, dapat dilihat harga mendatar lemah sepanjang sesi New York Jumaat lalu dengan paras terendah dicatatkan pada 1.10300.
Sebelum itu, harga pada minggu lalu telah pun memberi isyarat untuk perubahan trend bearish selepas harga yang menyentuh paras ketinggian 1.11800 kembali bergerak susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Harga yang masih bergerak di bawah paras halangan tersebut akan menjangkakan penurunan lebih rendah untuk minggu ini di bawah paras 1.1000.
Jika harga berjaya menjunam di bawah tersebut, isyarat untuk pergerakan bearish lebih jelas untuk harga menuju pula ke paras-paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.09000 sebelum ke paras support 1.09000.
Jika sebaliknya yang berlaku, harga yang membuat kenaikan melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish.
Zon rintangan 1.12000 yang gagal ditembusi minggu lalu sekali lagi akan diuji sebelum ke paras lebih tinggi untuk catatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Sasaran untuk kenaikan seterusnya adalah pada zon sekitar 1.12700 dan lebih tinggi selanjutnya adalah menuju 1.14000.
Tumpuan akan terarah kepada data perkhidmatan AS dan minit mesyuarat FOMC yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar minggu ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG