Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
‘Biasanya bila benda naik ni kita suka, tapi kali ni punya naik tak ok lah matt.’
Indeks harga pengguna (CPI) Malaysia menyaksikan peningkatan sebanyak 2.2% kepada 125.6 berbanding 122.9 yang dicatat pada Mac 2021.
Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 22 April 2022, seterusnya menandakan bahawa kadar purata inflasi telah meningkat 2.2% bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 melepasi paras 1.9%.
Menerusi kenyataan Ketua Ahli Perangkaan, Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin, antara penyumbang utama kepada peningkatan tersebut adalah disebabkan lonjakan 4% tahun ke tahun bagi kumpulan makanan dan minuman tidak beralkohol.
Terangnya, kumpulan makanan terus menjadi penyumbang utama kepada inflasi dan lonjakan tersebut adalah disebabkan peningkatan komponen makanan rumah sebanyak 4.3% berbading 4.1% pada bulan lalu.
Tambahnya, sub-kumpulan makanan seperti daging juga berterusan menjadi penyumbang kenaikan inflasi makanan sebanyak 7.6% pada Mac 2020, di mana ayam meningkat 10.5% sementara daging lembu mencanak 4.3%.
Antara kumpulan lain pula adalah seperti beritkut:
- Kumpulan perabot, perkakasan rumah dan penyelenggaraan rumah catat 3%.
- Kumpulan restoran dan hotel catat 2.0%.
- Kumpulan pengangkutan catat 2.6%.
- Kumpulan kepelbagaian barang dan perkhidmatan naik 1.9%.
- Kumpulan perkhidmatan reaksi dan kebudayaan tambah 1.1%.
- Kumpulan perumahan (air, eletrik dan bahan api lain) dan pendidikan canak 0.9%.
- Kumpulan kesihatan lonjak 0.2%.
Sementara itu, asas bulanan CPI Mac 2022 mencanak 0.3% ekoran pertumbuhan pada kumpulan pengangkutan pada 1.1% dan kumpulan kepelbagaian barang serta perkhidmatan pada 0.6%.
Teras inflasi pula memperlihatkan lonjakan sebanyak 2% tahun ke tahun pada Mac 2022 dengan indeks pengangkutan merekodkan peratusan terbesar sebanyak 3.9%.

























































