Dengan semua ketidakpastian yang dihadapi oleh pasaran kripto pada masa ini, ia mungkin bukan masa yang baik untuk membeli lebih banyak kripto melainkan pembeli mengetahui dengan tepat apa yang mereka lakukan.
Demikian kata Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif Binance, yang memberikan nasihat alam sesi Ask Me Anything (AMA) yang disiarkan secara langsung di Twitter baru-baru ini.
Nasihat ini dilihat sedikit aneh daripada seseorang yang mengaut keuntungan daripadan pelaburan yang dilakukan oleh para pelabur dalam pasaran kripto. Namun mesti dikatakan, memandangkan drama yang berlaku dalam sektor itu sekarang, nasihat itu dilihat bertepatan.
Crypto ‘degens’ mungkin akan mengatakan bahawa ini masa untuk tambah pegangan kerana kejatuhan harga yang telah menjadi mantera dalam pasaran kritpo selama bertahun-tahun, kerana bitcoin sentiasa naik tanpa dapat dielakkan.
Namun begitu, CZ berada dalam mood untuk memberikan apa yang kelihatan seperti beberapa cadangan yang masuk akal. Beliau menyatakan;
“Anda tidak sepatutnya melabur dalam kripto jika anda menggunakan wang yang anda perlukan untuk minggu depan atau bulan depan, anda hanya perlu menggunakan wang tunai mengikut budi bicara yang anda tidak perlukan untuk masa yang lama,”
CEO Binance terus bercakap tentang “kemeruapan yang tinggi” dan “ketidakpastian” dalam keadaan semasa pasaran. Pandangan beliau ialah ini bukan persekitaran yang baik untuk pedagang yang tidak berpengalaman memasuki pasaran, atau untuk membeli lebih banyak kripto.
“Melainkan anda sangat berpengalaman, sangat matang, sangat yakin, dan boleh menangani risiko, saya akan mengesyorkan kebanyakan orang hanya tahan untuk tempoh masa ini,” lanjut CZ.
CZ sebelum ini turut menyatakan hasrat bahawa beliau ingin menyusun projek “Dana Pemulihan Industri” bagi membantu projek kripto yang lebih kukuh yang sedang melalui krisis kecairan. Beliau berjanji akan memaklumkan kepada masyarakat mengenai perkembangan selanjutnya seiring dengan berlalunya masa.