Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ), Haruhiko Kuroda memberitahu bahawa pergerakan yen yang jatuh ke paras terendah boleh menjejaskan rancangan perniagaan syarikat.
Ini merupakan amaran paling kuatnya setakat ini tentang kelemahan susut nilai mata wang, sekali gus mendorong yen sedikit meningkat susulan kenyataan itu.
Namun, peningkatan yang dicatatkan tidak bertahan lama, menyaksikan mata wang ninja itu kembali ke paras terendah 20 tahun berbanding dolar greenback.
Walau bagaimanapun, Kuroda mengulangi pandangannya bahawa BOJ mesti mengekalkan program rangsangan besar-besarannya untuk menyokong pemulihan ekonomi yang masih lemah.
Beliau juga masih tidak mengubah pandangan bahawa yen yang lemah adalah positif untuk ekonomi secara keseluruhan. Impak dari kelemahan yen juga tidak sekatan bergantung kepada sektor dan saiz korporat.
Sejak akhir-akhir ini, beberapa penggubal dasar BOJ telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kejatuhan yen, terutamanya selepas ia menyentuh paras harga 125 berbanding USD.
Walaupun pasaran menjangkakan bahawa BOJ akan mengakui risiko inflasi yang meningkat pada mesyuarat dasar akhir bulan ini dan tidak melakukan apa-apa perubahan, penganalisis berpendapat bahawa yen yang lemah akan memberi tekanan kepada Kuroda untuk bertindak tidak lama lagi.