Carta harga pasangan mata wang GBP/USD masih lagi berlegar dalam zon mendatar sejak pembukaan pasaran awal minggu ini dengan kedua-dua mata wang Pound dan US dolar dijangka bergelora menantikan keputusan mesyuarat bank pusat masing-masing.
Kedua-dua bank pusat Bank of England (BOE) dan Federal Reserve (Fed) masing-masing dijangkakan untuk meneruskan kenaikan kadar faedah agresif sebanyak 50 dan 75 mata asas pada mesyuarat terbaru.
Justeru, terdapat potensi untuk Pound dan US dolar mengukuh pada dagangan penghujung minggu ini dengan langkah pengetatan dasar oleh bank pusat itu untuk membendung inflasi yang memuncak.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-emas-menjelang-fomc
Pada Selasa semalam, pergerakan harga di carta GBP/USD masih mendatar dengan kenaikan terhalang oleh paras rintangan 1.14500.
Penurunan harga dilihat ke paras 1.13600 di penghujung sesi New York, di mana zon tersebut kekal menjadi zon terendah dicecah harga sejak tahun 1985.
Tidak mustahil rekod terendah yang baru akan dicatatkan lagi sekiranya harga menyambung penurunan hari ini selepas harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Sekiranya penurunan harga diteruskan, melepasi sokongan semasa pada 1.13600 kemudiannya dilihat akan mensasarkan ke sekitar 1.13000 ataupun mencecah 1.12000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru bagi tempoh dagangan 37 tahun.
Namun, waspada jika harga sebaliknya mula melonjak dan kemudiannya melepasi halangan MA50 dan paras rintangan 1.14500 yang berada pada zon SBR (support become resistance) itu.
Setelah isyarat pergerakan bullish tersebut, harga dijangka menyambung kenaikan lebih tinggi dengan sasaran untuk menuju ke paras 1.16000.
Seterusnya, kenaikan yang diteruskan melepasi pula 1.16500 bakal mencabar ketinggian yang dicapai minggu lalu sebelum zon rintangan pada 1.18000 pula akan menjadi tumpuan untuk diuji.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG