Kejatuhan dalam pasaran bermula sejak awal tahun ini telah mengheret syarikat-syarikat ke dalam kemelut. Terkini, Bybit telah menyertai syarikat kripto lain dalam mengurangkan kakitangan mereka berikutan penarikan pelaburan secara besar-besaran di seluruh pasaran. Sebelumnya, Coinbase, CryptoCom, dan BlockFi terpaksa mengambil langkah drastik iaitu pengurangan pekerja.
Berdasarkan khabar angin yang tersebar bahawa bursa kripto popular Bybit telah menyertai Coinbase dan CryptoCom dalam mengawal operasi mereka dengan mengurangkan bilangan pekerjanya. Dikhabarkan bahawa ByBit terpaksa mengambil langkah memberhentikan kakitangan berikutan inflasi yang terus membimbangkan dan kejatuhan dalam pasaran kripto.
Sejak kemelut dalam pasaran, syarikat-syarikat di seluruh dunia telah terjejas tanpa kecuali syarikat kripto turut terpalit sama. Hal ini menyebabkan sesetengah syarikat terpaksa mengambil langkah yang lebih meluas untuk mengurangkan kos. Bybit tidak terkecuali selepas sedaya upaya untuk mengekalkan tenaga kerja selama mungkin semasa krisis ini.
Waima begitu, syarikat bursa pertukaran kripto menjanjikan imbuhan pakej pemberhentian pekerja yang terjejas dan akses kepada sokongan kerjaya bagi membantu peralihan pekerjaan mereka.
Dalam catatan yang lain, syarikat tersebut menyatakan bahawa syarikat “kekal kukuh,” dengan lebih enam juta pengguna di lebih 160 negara. Bukan itu sahaja mereka juga mengkhabarkan pelancaran bot perdagangan gridnya yang tersedia untuk semua pengguna berdaftar mulai hari ini.
Pengguna dapat menggunakan bot tersebut untuk mengautomasikan pesanan beli dan jual dan melaraskan jumlah pelaburan.
Sebelum ini platform pertukaran kripto, Coinbase telah memberhentikan kira-kira 18% atau 1,000 pekerjanya ketika pasaran mata wang kripto terus jatuh. Raja mata wang kripto, Bitcoin (BTC) telah jatuh merundum keparas dagangan $20,600.51. Harga Bitcoin pada dua hari lepas telah jatuh ke paras harga $17,000.