Waves (WAVES) benar-benar menggila selepas mencatat rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) dua kali berturut-turut sejak semalam, membawa aset ini menembusi kedudukan ke-50 teratas!
Sebagai rekod, WAVES menyentuh ATH pada awal pagi tadi, $47.59 selepas membuat lonjakan ATH pertama, $38.35 pada tengah malam tadi waktu Malaysia.
Secara tidak langsung, WAVES telah melonjak hampir 13% bagi rekod ATH dan hampir 50% dalam 24 jam, manakala hampir 200% dalam tempoh sebulan.
Apa yang berlaku?
Beberapa faktor positif wajar diberi perhatian:
- Jumlah nilai terkunci (TVL) di protokol Neutrino telah meningkat 338% sejak bulan lepas.
- Protokol Neutrino, protokol terbesar di rangkaian ini, sebuah protokol algoritma kestabilan harga pelbagai aset di Waves
- Neutrino memiliki 62% atau $1.74 bilion daripada $2.8 bilion yang terkunci dalam ekosistem DeFi di rangkaian itu.
- Bekalan stablecoin Neutrino, USDN telah meningkat dalam sebulan, membawa tekanan terhadap harga WAVES.
- Penghasilan USDN bergantung kepada jumlah WAVES yang terkunci dalam kontrak pintar Neutrino.
- USDN yang ditebus akan dibakar untuk menyah-kunci bekalan WAVES.
- Jumlah USDN telah meningkat 66% sejak pertengah Februari (sekitar lebih 350 juta USDN) menyamai jumlah WAVES yang terkunci untuk hasilkan USDN baharu.
- Kemaskini kepada Waves 2.0 yang mana menjadikan rangkaian ini lebih laju dan dilindungi, bersama kehadiran keserasian Ethereum Virtual Machine (EVM).
Penganalisis berpendapat ada dua sebab mengapa USDN menyaksikan permintaan yang luar biasa hingga membawa tekanan harga untuk WAVES: minat yang tinggi dalam kalangan pelabur, dan keadaan pasaran yang mula mampan.
Ketika penulisan, WAVES didagangkan pada $47.91 seunit, meningkat hampir 50% dalam 24 jam.