Isyarat kenaikan harga lebih jelas dipaparkan pada carta pasangan mata wang AUD/USD selepas reaksi penyusutan US dolar susulan mesyuarat FOMC.
Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah 50 mata asas, namun pelabur lebih memberi reaksi terhadap kenyataan susulan oleh Pengerusi Jerome Powell yang menyatakan bank pusat tidak mempertimbangkan untuk kenaikan kadar 75 mata asas.
Ini telah memberi ruang untuk dolar Aussie lebih mengukuh berbanding US dolar susulan Reserve Bank of Australia (RBA) pada awal minggu lebih tinggi kepada 0.35% berbanding jangkaan untuk meningkat kepada 0.25% daripada 0.10% sebelumnya.
Setelah kenaikan awal harga berlaku pada sesi Asia Selasa lalu, corak kenaikan dilihat diteruskan selepas mesyuarat FOMC dengan lonjakan melepasi paras 0.7200.
Memberi isyarat untuk pergerakan bullish, harga juga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD pada minggu ini.
Pergerakan harga mendatar seketika pada sesi Asia pagi ini selepas lonjakan di sesi sebelumnya, harga berlegar di paras sekitar 0.72300 dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya.
Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, sasaran awal adalah untuk menuju zon rintangan pada 0.73600 sebelum meneruskan kenaikan selanjutnya ke sekitar 0.74500.
Namun jika US dolar berjaya mengukuh semula dan menekan harga lebih rendah, penurunan harga akan berlaku dan dijangka kembali susut ke zon 0.7100.
Penurunan lebih rendah harga bakal menuju ke zon tumpuan pada support 0.7000 untuk pergerakan pada trend bearish.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG