Gergasi pembayaran global Mastercard bakal melancarkan program Crypto Source bagi membantu institusi kewangan menyediakan perkhidmatan perdagangan mata wang kripto.
Oleh demikian, bank yang berkeinginan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut kepada pelanggan akan dibantu oleh Mastercard dalam mengendalikan pematuhan kawal selia dan keselamatan.
Secara konteks, program Crypto Source akan membuat platform dagangan kripto Paxos serta bank mempertingkatkan lagi penggunaan kripto secara besar-besaran.
Walaupun sesetengah pihak tidak yakin terhadap kripto, tetapi kebanyakannya percaya bahawa Mastercard akan memantau pematuhan kawal selia serta keselamatan terhadap bank yang mewujudkan perkhidmatan perdagangan kripto.
Menurut Jorn Lambert, Ketua Pegawai Digital Mastercard menyatakan bahawa ramai pengguna akan lebih yakin terhadap kripto jika perkhidmatan tersebut ditawarkan oleh institusi kewangan mereka.
Sementara itu, melalui Indeks Pembayaran Baharu Mastercard 2022, terdapat 29% responden telah memegang kripto manakala 65% lebih berminat jika institusi kewangannya yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Dalam pada itu, Mastercard Crypto Secure turut menyediakan keselamatan tambahan serta pengeluar kad sokongan dalam memenuhi pematuhan peraturan.
Difahamkan, Mastercard dan Visa telah bekerjasama dengan beberapa syarikat kripto bagi menawarkan perkhidmatan aset digital itu.
Malah Mastercard juga memberi ganjaran kripto termasuk membolehkan pembelian non-fungible token (NFT) pada kad kredit pengguna.