Rizab Persekutuan pada hari Khamis dijangka akan mula menamatkan dasar monetari mudah yang dilaksanakan semasa pandemik dan akan meningkat usaha menentang inflasi yang sangat tinggi dengan menaikkan kadar faedah.
Peralihan itu bermula dengan jangkaan peningkatan suku mata peratusan dalam penanda aras kadar faedah semalaman bank pusat AS dengan menjangkakan apa yang akan dilakukan oleh Fed untuk mengekang harga yang meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh 40 tahun.
Namun, keadaan mendesak yang menyelubungi mesyuarat dasar Fed minggu ini telah meningkat kerana inflasi tidak menunjukkan tanda-tanda reda malah mungkin meningkat lebih jauh berikutan ketegangan antara Rusia dan Ukraine yang mencetuskan lonjakan dalam harga minyak bulan ini.
Mesyuarat kali lebih menjadi tumpuan kerana the Fed akan memberikan panduan konkrit pertama tentang bagaimana unjuran ekonomi, inflasi dan kadar faedah telah mempengaruhi penggubal dasar.
Pengerusi Fed Jerome Powell, bercakap kepada penggubal undang-undang di Kongres awal bulan ini menyatakan bahawa kerajaan dapat mengembalikan inflasi dibawah kawalan. Walaubagaimanapun, beliau akui bahawa keadaan ekonomi pada ketika ini adalah tidak menentu.
Tamsilnya, Powell dijangka akan mengimbangi keperluan untuk menaikkan kadar dan mengekang kenaikan inflasi yang lebih selari dengan keperluan untuk mengelak krisis ekonomi. Kenaikan kadar faedah begitu pantas akan dipertimbangkan jika ia tidak mendatangkan risiko kepada kemelesetan ekonomi.
Mesyuarat the Fed dijangka akan berlangsung pada jam 2 pagi pada hari Khamis esok. Tumpuan turut tertumpu tentang sebarapa pantas kadar inflasi akan ditingkatkan.