Syarikat gergasi milik Mark Zuckerberg, Meta telah menfailkan 8 tanda dagangan (trademarks) untuk beberapa produk berkaitan kripto.
Difahamkan tanda dagangan tersebut merujuk kepada logonya yang akan diperkenalkan dalam setiap projek kripto pada masa akan datang.
8 produk serta perkhidmatan yang dinyatakan dalam permohonan itu melibatkan beberapa kategori:
- Perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian
- Perdagangan kewangan
- Web3
- Perisian blockchain
- Wallet mata wang maya
- Platform pertukaran mata wang maya
- Mata wang maya, digital, dan kripto
Langkah yang diambil Meta membuktikan syarikat ini mengorak langkah jauh dalam pembabitan dunia metaverse.
Sebelum ini, Meta telah mengumumkan kehadiran non-fungible token (NFT) sebagai gambar profil (pfp) di Instagram, malah pengguna juga berupaya menghasilkan NFT hanya menggunakan platform itu sahaja.
Tidak mustahil selepas Instagram, Facebook juga akan diperkenalkan ciri-ciri Web3.
Hal ini mengingatkan kepada usaha Twitter yang menjadi pelopor pfp NFT bermula pertengahan Januari 2022.