Cool Gila! Twitter Perkenalkan Ciri Baru, NFT Sebagai Gambar Profil!

1,032

Kegilaan terhadap non-fungible token (NFT) benar-benar berlaku dan menjadi semakin luar biasa apabila Twitter membenarkan penggunanya untuk menggunakan NFT mereka sebagai gambar profil (profile picture/PFP).

Kebolehan itu dilancarkan oleh platform perkhidmatan langganan, Twitter Blue semalam bersama video promosi dan langkah menghubungkan wallet kripto untuk pengaksesan NFT PFP.

Difahamkan ciri NFT PFP disokong oleh API platform OpenSea dan menyokong wallet Coinbase, MetaMask, Rainbow, Argent, Trust, dan Ledger Live.

Secara tidak langsung, kewujudan NFT PFP di Twitter bermakna akaun anda telah dihubungkan dengan rekod transaksi, pemilikan mata wang kripto, termasuk kesemua koleksi NFT yang dimiliki.

Sebagai langkah keselamatan, Twitter menjelaskan mereka sama sekali tidak akan mendapat dana atau pengaksesan dari wallet pengguna kerana bimbang dengan risiko penggodaman dan penipuan.

Bagaimanapun, ciri ini tersedia untuk pengguna iOS sahaja. Produk terbaharu Twitter ini merupakan yang terbaru selepas kehadiran ciri pemberian tips dalam mata wang kripto: Bitcoin dam Ethereum pada September 2021.

Apa-apa pun, pengguna android, sabar dulu ok? By the way, ada pengguna Twitter yang sudah aktifkan pemberian tips dalam kripto?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat