Terbaru! Twitter Akhirnya Rasmikan Tip Dalam Bitcoin (BTC)!

821

Sebagai tanda sokongan terhadap industri pencipta kandungan, Twitter akhirnya merasmikan fungsi terbaru iaitu pemberian tip dalam Bitcoin (BTC).

Fungsi tersebut turut dihadiri dengan sokongan terhadap wallet Lightning.

Bagaimanapun, hanya pengguna iOS seluruh dunia terlebih dahulu menikmati ciri terbaru ini manakala Android bakal menyusul dalam masa terdekat.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik dalam twit rasmi Twitter, pengguna boleh memberi tip sama ada dalam fiat atau kripto kepada pencipta kandungan melalui perkhidmatan pihak ketiga seperti CashApp yang diuruskan oleh firma pembayaran Square milik CEO Twitter – Jack Dorsey, termasuk Bandcamp, Chipper, GoFundMe, Patreon, PicPay, dan RazorPay.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi pembayaran Bitcoin, Strike yang dibangunkan di Lightning Network, sebuah penyelesaian lapisan-dua (layer-two) yang sinonim dengan kadar transaksi yang rendah.

Twitter tidak akan berhenti di sini kerana selepas ini pihak mereka mahu memperkenalkan pula non-fungible token (NFT) untuk pengesahan keaslian:

Pengguna boleh menghubungkan akaun mereka dengan wallet Bitcoin, menjejak dan memaparkan pemilikan NFT di Twitter,” – eksekutif Twitter, Esther Crawford.

Bitcoin ketika artikel ini ditulis, didagangkan pada $44, 507 dengan peningkatan lebih 2% dalam 24 jam.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat