‘Tip Jar’ Twitter Bakal Menyokong Pemberian Tips Dalam Bitcoin (BTC)!

311

Perasan atau tidak, pada awal tahun ini Twitter ada memperkenalkan ciri terbaharu, ‘Tip Jar’ yang mana membolehkan penggunanya untuk menyumbang wang kepada pencipta kandungan yang mereka ikuti.

Terbaru, platform media sosial itu dilaporkan bakal melancarkan pemberian tip dalam Bitcoin (BTC).

Ini merupakan perkembangan terbaru selepas CEO Jack Dorsey mengumumkan integrasi Twitter dengan Bitcoin pada Julai lalu.

Tip Jar awal diperkenalkan oleh Alessandro Paluzzi dan figura ini jugalah yang mendedahkan rancangan yang sedang diusahakan Twitter melalui kicauannya semalam: “Twitter sedang mengusahakan fungsi untuk menerima tip dalam Bitcoin.

Twitter akan menggunakan perkhidmatan Strike untuk penghasilan invois Bitcoin melalui inovasi teknikal yang mewujudkan pembayaran pantas pada kos lebih rendah untuk transaksi Bitcoin, Lightning Network.

Strike merupakan salah satu daripada custodial wallets, sama seperti Blue Wallet dan Wallet of Satoshi. Ini bermakna, pengguna perlu menghubungkan akaun mereka dengan Strike untuk menerima tips BTC.

Khabar ini turut disahkan oleh ketua produk Twitter, Kayvon Beykpour pada tengah malam tadi.

Bagaimanapun, pihak mereka belum mendedahkan bila fungsi ini akan dilancarkan sepenuhnya untuk pengguna Twitter.

Buat masa sekarang, Tip Jar turut menyokong beberapa perkhidmatan seperti PayPal, Patreon, Venmo, Bandcamp, dan Cash App.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat