Boleh dikatakan seluruh dunia teruja dengan metaverse.
Terbaru, Microsoft telah membuat pembelian syarikat permainan gergasi dunia – Activision Blizzard Inc. pada nilai $68.7 bilion.
Secara tidak langsung pembelian ini meletakkan Microsoft sebagai syarikat permainan ketiga terbesar selepas Tencent dan Sony berdasarkan keuntungan diraih.
Difahamkan pembelian ini bertujuan untuk merancakkan lagi rancangan sektor permainan dan metaverse yang sedang berada dalam fokus mereka:
- Pertumbuhan dalam perkhidmatannya dalam peranti mudah alih, PC, konsol, dan permainan awan (cloud gaming).
- Menyediakan pembinaan blok untuk metaverse.
- Menggalakkan pembabitan komuniti Xbox.
- Pengenalan produk Dynamics 365 Connected Spaces
- Penambahbaikan ‘Mesh’ yang akan memperkenalkan avatar digital dan ruang yang kondusif dalam metaverse pada tahun ini.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Xbox akan berintegrasi dengan non-fungible token (NFT) atau pun tidak.
Sebagai rekod, Activision Blizzard merupakan syarikat yang memperkenalkan permainan Call of Duty, Candy Crush, dan Warcraft.
Sejak Facebook melalui fasa penjenamaan semula dengan nama ‘Meta’, banyak syarikat mula meneroka industri metaverse. China juga dikhabarkan mahu mempromosikan metaverse sebagai usaha untuk bangunkan semula ekonomi mereka.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.