Rangkaian VeChain (VET) nampaknya ada pelbagai berita baik untuk dikongsi dengan para pelaburnya.
- VeChain telah bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran kripto, Alchemy Pay berdasarkan pengumuman pada malam tadi.
- Kerjasama tersebut membolehkan VET diterima sebagai medium pembayaran terhadap lebih dua juta perniagaan di 70 negara seluruh dunia.
- Pada 27 April, Binance telah menyenaraikan VET selain daripada ApeCoin (APE), The Sandbox (SAND), JasmyCoin (JASMY), Decentraland (MANA), Constitution DAO (PEOPLE), MovieBloc (MBL), LooksRare (LOOKS), dan Dogelon Mars (ELON) sebagai token yang disokong Binance Bridge 2.0.
- Difahamkan produk terbaharu itu merupakan penghubung yang menawarkan cara baharu pemindahan token dari Ethereum untuk kegunaan di BNB Chain (dulu: Binance Smart Chain).
- Semalam, VeChain mengumumkan penyertaannya dalam organisasi yang menghubungkan pakar-pakar industri dan menyediakan dana untuk projek kajian berkaitan blockchain, Blockchain Infrastructure Alliance (BIA).
Pergerakan VET menunjukkan perubahan positif pada 27 April dengan lonjakan 3.56%, menyentuh paras tertinggi harian, $0.053.
Begitu juga pada 28 April, VET melonjak 2.68% sehingga ke paras tertinggi harian, $0.053 sebelum susut lebih 1%, didagangkan pada $0.0516 ketika penulisan artikel.
Faktor penyusutan harga pada hari ini barangkali disebabkan harga Bitcoin (BTC) yang tidak stabil, kembali ke paras bawah $40,000.
Pasaran kripto yang tidak menentu secara umumnya didorong oleh peningkatan kadar inflasi yang mendadak dan peningkatan dolar AS ke paras tertinggi dua tahun.