Sebanyak RM2.5 Bilion Aset Kripto Dicairkan Sepanjang Minggu Ini

630

Coinglass melaporkan sekurang-kurangnya $572.5 juta (RM2.5 bilion) pelaburan jangka masa panjang (long position) dalam aset kripto telah dicairkan sepanjang minggu ini.

Berikut rincian berkaitan aktiviti pelabur kripto setakat ini:

  • Bitcoin (BTC) menyaksikan lebih $162 juta (RM706 juta) kecairan aset.
  • Ethereum (ETH) pula mencatatkan nilai $154.23 juta (RM672.1 juta).
  • Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $39,244 dengan lonjakan hampir 3% dalam 24 jam.
  • Dalam tempoh yang sama, ETH mencatatkan peningkatan harga sebanyak 2.56%, didagangkan pada $2,888.92.
  • Kedua-dua aset tersebut mencatatkan prestasi yang baik setakat ini selepas penyusutan harga dua hari berturut-turut.
  • Aset kripto membuktikan status mereka yang semakin dikenali sebagai pelaburan berisiko, sama seperti saham teknologi.
  • Situasi ini berlaku pada masa yang sama ketika nilai dolar AS melonjak ke paras dua tahun tertinggi susulan pengumuman Federal Reserve.
  • Difahamkan institusi terbesar itu mahu mengurangkan keruncingan inflasi kerana harga gas yang mahal akibat peperangan Rusia-Ukraine sejak Februari.
  • Jurang antara pulangan terhadap aset berisiko dengan bebas risiko ke atas perbendaharaan dikurangkan, mengundang pelabur untuk beralih kepada aset yang lebih stabil seperti utiliti dan bon.
  • Pada masa yang sama, pelabur mula memfokuskan kepada Asia selepas Beijing mengumumkan rangsangan bagi membangkitkan semula ekonomi yang cedera kerana perintah berkurung COVID-19.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat