Binance Buat Kejutan, Perkenalkan BNB Chain & MetaFi

794

Binance telah mengumumkan perubahan terhadap ekosistem blockchain-nya.

Difahamkan Binance telah menyatukan Binance Chain dan Binance Smart Chain (BSC) ke dalam satu ekosistem yang sama, dikenali sebagai ‘BNB Chain’ atau ‘Build and Build Chain’.

Untuk pengetahuan, Binance Chain dan BSC merupakan dua rangkaian yang berbeza:

  • Binance Chain
    • Membolehkan pengguna untuk membuat transaksi menggunakan bursa desentralisasi (DEX) Binance.
  • Binance Smart Chain
    • Memiliki fungsi kontrak pintar yang digunakan untuk membangunkan aplikasi desentralisasi.

Melalui pembaharuan tersebut, Binance berharap lebih banyak inovasi dapat diterapkan, termasuk menjadi ekosistem pilihan untuk non-fungible token (NFT), metaverse, dan DeFi.

Pun begitu, perubahan ini masih mengekalkan konsepnya sebagai ekosistem sumber terbuka dan desentralisasi, bersama-sama sokongan oleh komunitinya.

Menariknya lagi, Binance juga teruja untuk mengajak komunitinya sertai MetaFi melalui kehadiran BNB Chain sebagai infrastrukturnya.

MetaFi adalah projek teknologi terbaharu yang diperkenalkan oleh Binance dan ia merupakan terma yang memayungi: metaverse, DeFi, GameFi, SocialFi, Web3, dan NFT.

Binance masih akan menggunakan Binance Coin (BNB) untuk membuat transaksi di BNB Chain.

Ketika penulisan, aset ke-4 terbesar dalam pasaran kripto ini mencatatkan nilai dagangan $430.10, meningkat 1.38% dalam 24 jam.

Sebelum ini BNB pernah mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $690.93 pada 10 Mei 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat