Pembangun utama Terra Rebels, Tobias Anderson dilaporkan bakal mengurangkan kadar pembakaran mata wang kripto Luna Classic (LUNC) dalam beberapa tahun akan datang.
Hal ini berikutan pembakaran LUNC melalui cukai pembakaran 1.2% memerlukan tempoh yang lama untuk mengembalikan harga asalnya pada $1, ulas Anderson semasa sesi temu bual bersama komuniti.
Tambah beliau, isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin jika ekosistem LUNC dibangunkan lagi melalui swap dan volum dagangan lebih tinggi sungguhpun cukai pembakaran perlu dibayar lebih rendah.
Sementara itu dalam perkembangan berasingan, kira-kira 30% validators dilaporkan telah meluluskan cadangan tadbir urus LUNC.
Rex Harrison, ketua organisasi TerraCVita mengesahkan perkara tersebut dalam Twitter miliknya pada hari Rabu.
Cadangan 10879 telah mencetuskan kontroversi dalam komuniti kerana setiap perbelanjaan aset komuniti akan tertakluk kepada undi tadbir urus (on-chain governance).
Ekoran itu, komuniti LUNC berusaha untuk memulihkan ekosistemnya dengan menitikberatkan kaedah pembayaran pembangun sedia ada serta menarik pelanggan baharu.
Pada waktu penulisan ini, LUNC mendaki sebanyak 8.6% pada zon harga $0.19 dalam tempoh 24 jam lalu.