Menghitung detik mesyuarat FOMC, US dolar berundur terlebih dahulu dari paras ketinggian 20 tahun berbanding pesaing utama pada sesi Eropah.
Keputusan Federal Reserve (Fed) akan dimuktamadkan pada awal pagi Khamis (waktu tempatan), di mana pasaran meletakkan jangkaan untuk kadar faedah dinaikkan sebanyak 75 mata asas.
Penyusutan ini memberi peluang untuk beberapa mata wang utama mencatatkan peningkatan, khususnya euro yang menantikan kenyataan susulan daripada mesyuarat mengejut Bank Pusat Eropah (ECB) yang diadakan pada jam 5 petang.
Sementara mata wang pound pula meraih keuntungan sederhana dengan didagangkan pada sekitar harga 1.2000 berbanding USD. Mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada hari Khamis akan menjadi pasaran seterusnya selepas keputusan Fed.
Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan sedang bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap UK berhubung perubahan yang dibuat dalam perjanjian perdagangan pasca-Brexit.
Di samping itu, dolar Aussie dan New Zealand juga sedikit meningkat selepas jangkaan kadar yang lebih tinggi mendorong kedua-dua mata wang itu lebih rendah, di mana dolar kiwi telah menyentuh paras terendah 2 tahun.
Selain keputusan Fed, penerbitan data pekerjaan Australia dan pertumbuhan ekonomi New Zealand pada Khamis akan menentukan pergerakan seterusnya buat kedua-dua mata wang itu.