Isu Bitcoin (BTC) sebagai aset safe-haven atau tidak bukanlah isu. Ia pernah menjadi suatu topik hangat pada suatu ketika. Tiada kesapakatan yang ditemui namun sebelum pandemik, BTC acapkali bertindak sebagai aset safe haven berbanding selepas pasca pandemik yang kerap kali mengikuti pasaran saham.
Pada hari ini harga Bitcoin jatuh lebih lanjut sehingga ke paras harga $34,000 yang dipacu oleh konflik Rusia-Ukraine yang semakin tegang. Namun hal yang berbeza berlaku pada harga emas. Harga emas terus melanjutkan pengukuhan sehingga menimbulkan persoalan adakah BTC sebagai safe haven.
Harga Bitcoin merosot hampir 11% daripada paras tertinggi hari Rabu. Bukan sahaja mengharap BTC kembali melapasi paras rintangan $40,000 malah harga BTC menebus paras sokongan utama $35,000 apabila Rusia mengisytiharkan perang terhadap Ukraine.
Sebaliknya harga melonjak melebihi daripada 3% apabila para pemain pasaran berpusu-pusu mencari perlindungan pelaburan mereka. Hal ini menyerlahkan bahawa korelasi antara BTC dan emas semakin pudar. Harga emas telah meningkat kira-kira 8% namun BTC telah kehilangan hampir 1/3 daripada nilainya.
Kerugian dalam Bitcoin ini selari dengan sektor teknologi dalam indeks Nasdaq yang jatuh kira-kira 22%. Kebimbangan terhadap kenaikan inflasi juga telah menyaksikan pasaran menggembar-gemburkan Bitcoin sebagai lindung nilai inflasi yang berpotensi juga tidak kesampaian apabila harganya kekal jatuh seiring peningkatan inflasi.
Emas sebaliknya, didagangkan hampir dengan paras inflasi tahunan di A.S. yang telah melonjak sebanyak 7.5% pada Januari.
Harus diambil kira juga, kejatuhan harga dalam pasaran kripto turut didorong oleh pengumuman yang ‘hawkish’ daripada the Fed yang ang telah merancang kenaikan kadar pada bulan Mac.
Pasaran kekal memberi perhatian utama pada perkembangan geopolitik buat masa ini.