Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) berjaya melancarkan beberapa penyiasatan ke atas Coinbase, akan tetapi peguam XRP menyatakan bahawa Suruhanjaya menggunakan kes Wahi bagi mewajarkan 9 aset mata wang kripto yang disenaraikan di bursa adalah sekuriti.
Menurut John Deaton, peguam pemegang XRP dalam tuntutan SEC VS Ripple, suruhanjaya telah belajar banyak daripada pasukan undang-undang Ripple, dan SEC kini memahami bahawa XRP yang didagangkan hari ini adalah “sekuriti”.
Sementelahan itu, beliau berdebat mengatakan Coinbase dan Kraken harus menyahsenarai token XRP dan sepatutnya memfailkan usul untuk campur tangan, bagaimanapun mahkamah mungkin enggan membenarkan usul tersebut tetapi masih akan membenarkan status amicus.
Oleh itu, Coinbase menggunakan pilihan selamat dengan menyahsenarai XRP daripada platformnya.
Malah, pengerusi SEC tidak mahu bertemu dengan peguam XRP walau ia akan menyamannya jika meneruskan dengan produk pinjaman.
Pada masa yang sama, Deaton musykil mengapa SEC tidak menyaman Coinbase kerana syarikatnya juga didakwa menyenaraikan 9 sekuriti sama seperti kes saman Wahi.
Tambahnya lagi, beliau merasakan Gensler dan SEC tidak bersedia lagi kerana mereka dalam proses membina kes di belakang tadbir.
Secara keseluruhan, peguam XRP menggelar kes Wahi sebagai penipuan klasik dan jika 9 token yang dikatakan adalah sekuriti haram seperti yang didakwa Suruhanjaya, token tersebut akan merugikan para pelabur yang membelinya.