Kesan ketara pergerakan harga pada penghujung minggu lalu selepas terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) telah mengejutkan pasaran.
Meneliti komponen laporan, pertambahan pekerjaan di AS pada Oktober mengatasi jangkaan, namun tidak melepasi angka pada bulan sebelumnya. Kadar upah meningkat untuk bulan lalu, namun bacaan tahunan menunjukkan penurunan. Sementara, kadar pengangguran membimbangkan pasaran apabila catat peningkatan mengatasi ramalan dan bacaan terdahulu.
Justeru, reaksi pasaran terhadap bacaan keseluruhan laporan yang suram itu menyaksikan penyusutan ketara US dolar di samping penganalisis menilai berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) di penghujung minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-pasaran-matawang-gila-7#t=0:00
Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di mana lonjakan harga yang berlaku pada penutup dagangan minggu tersebut kembali mencapai semula ke paras ketika pembukaan harga di awal minggu, sekaligus memadam semula keuntungan US dolar sepanjang minggu itu.
Setelah penurunan harga dari awal minggu mencecah paras terendah pada Khamis sekitar 0.97300, harga telah melonjak pada Jumaat lebih 200 pips mencapai semula ke paras rintangan 0.99500.
Terdapat perbezaan (gap) pembukaan harga pada sesi Asia untuk memulakan dagangan awal minggu ini terkesan oleh berita perkembangan kes Covid-19 di China.
Sekiranya corak lonjakan harga masih berjaya diteruskan di awal minggu ini, kenaikan harga dilihat akan melepasi rintangan pada 0.99500 seterusnya akan menguji paras pariti 1.0000.
Meneruskan kenaikan lebih tinggi, zon rintangan pada 1.01000 pula dilihat akan menjadi tumpuan selanjutnya harga selepas trend bullish pada 2 minggu lalu gagal melepasi zon tersebut.
Sementara, untuk jangkaan penurunan pula, harga yang susut dari paras 0.99500 akan ke sekitar zon 0.9900-0.98800 dengan jangkaan bakal ada reaksi menarik harga untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Menyambung penyusutan lebih rendah kemudiannya dilihat akan menuju 0.98000 atau paras terendah minggu lalu pada 0.97300.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG