‘Okaylah, bolehlah. Menuju 2023 tempang sikit je.’
Indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada November mencatat perkembangan 4%, bacaan sama ketika Oktober lalu.
Ia juga menandakan inflasi negara kekal rendah untuk 3 bulan berturut-turut daripada puncak 4.7% pada Ogos 2022.
Bagi tempoh 11 bulan pertama 2022, inflasi tampak meningkat 3.4% berbanding 2.3% dalam tempoh sama tahun lepas.
Ikuti ringkasan data inflasi bulan November yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara (DOSM) di bawah.
- Kategori makanan dan minuman bukan beralkohol naik 7.3% pada November berbanding 7.1% ketika Oktober.
- Sub kategori makanan di rumah kekal pada 5.8%.
- Sub kategori makanan dari luar rumah canak 9.6% daripada 9.3%.
- Sub kategori roti, nasi dan bijirin lain tambah 7.5% daripada 7.3%.
- Sub kategori minyak masak turun 1.6% daripada 2.6%.
- Sub kategori daging lonjak 8.2% daripada 7.3%.
- Sub kategori buah-buahan jatuh 4.1% daripada 5.5%.
- Sub kategori ikan dan makanan laut kukuh 3.5% daripada 3.4%.
- Sub kategori sayur-sayuran susut 3.6% daripada 4.8%.
- Sub kategori susu, keju dan telur raih 8.9% daripada 8.8%.
- Sub kategorigula, jam, madu, coklat dan manisan mekar 3.6% daripada 3.5%.
- Kategori minuman beralkohol dan tembakau mendatar pada 0.8%.
- Kategori pakaian dan kasut mendatar pada 0.4%.
- Kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain turun 1.4% berbanding 1.5%.
- Kategori perabot, barangan perumahan dan penyelenggaraan perumahan jatuh 3.8% berbanding 4.1%.
- Kategori kesihatan naik 1.4 berbanding 1%.
- Kategori pengangkutan susut 5% berbanding 5.2%.
- Kategori komunikasi tidak berubah.
- Kategori perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan lonjak 3.6% berbanding 3.4%.
- Kategori pendidikan tambah 1.5% berbanding 1.4%.
- Kategori restoran dan hotel canak 7% berbanding 6.8%.
- Kategori barangan dan perkhidmatan lain naik 2.6% berbanding 2.4%.
Selain itu, inflasi di kawasan bandar meningkat 4.3% berbanding 4.2% dan kawasan luar bandar mencanak 3.1% berbanding 3% sebelumnya.
Dalam pada itu juga Malaysia mencatat bacaan inflasi terendah dalam rakan serantaunya dengan Eropah (10%), Amerika Syarikat (7.1%), Filipina (8%), Indonesia (5.4%) dan Korea Selatan (5%).