Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam pasaran kewangan semalam melihatkan US dolar masih kekal mendominasi walaupun momentum pengukuhan sebelum ini sedikit pudar.
Tumpuan pelabur masih terarah kepada dasar bank pusat yang hawkish lebih-lebih lagi apabila minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi semalam, sementara perkembangan konflik perang Rusia-Ukraine masih dipantau.
Amerika Syarikat (AS) memperluaskan lagi sekatan ke atas Moscow dengan syarikat-syarikat AS menyekat pelaburan dari Rusia.
Pada sesi Eropah semalam, pelabur meneliti minit mesyuarat oleh European Central Bank (ECB) yang diterbitkan yang memberi petunjuk untuk kenaikan kadar faedah pada suku ketiga.
Namun, laporan minit tidak memberi kesan yang ketara terhadap pergerakan bagi mata wang Euro semalam, malah kekal suram berbanding US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-waspada-pasaran-penutup-minggu-842022
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat mendatar pada dagangan Khamis semalam seperti hari sebelumnya berlegar pada zon 1.09000.
Namun selepas harga yang sedikit meningkat kekal dihalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, harga sedikit susut dan mendatar di bawah zon 1.0900 sehingga penghujung sesi New York.
Dengan isyarat pergerakan harga masih dalam trend bearish, penurunan lebih rendah harga akan dijangkakan menuju paras support 1.08000.
Sekiranya penurunan lebih rendah berlaku melepasi paras tersebut, tumpuan harga seterusnya dilihat pada sekitar 1.07000 pula untuk catatkan paras terendah terbaru 2 tahun.
Sebaliknya jika situasi berubah dan harga mula membuat kenaikan melepasi halangan MA50, isyarat awal untuk perubahan trend bullish itu bakal mendorong harga menuju ke paras rintangan 1.10000.
Kenaikan lebih tinggi selanjutnya akan mensasarkan pada zon rintangan 1.12000 yang turut menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG