US dolar bergerak mendatar ketika semua tumpuan sesi Eropah terarah kepada Menteri Kewangan baharu UK mengenai rancangan fiskal kerajaan.
Jeremy Hunt yang menggantikan posisi Kwasi Kwarteng pada Jumaat lalu, bakal mendedahkan bagaimana kerajaan akan membayar untuk rancangan yang ditetapkan dalam belanjawan tersebut pada jam 6 petang waktu tempatan.
Menjelang ucapan Hunt, mata wang pound didagangkan meningkat pada sekitar harga 1.1276 berbanding US dolar.
Hunt, bekas menteri luar dan kesihatan, telah berjanji untuk memenangi semulakredibiliti ekonomi UK dengan mengambil kira sepenuhnya rancangan cukai dan perbelanjaan kerajaan.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Liz Truss telah membuat ‘U-Turn’ dalam rancangan fiskalnya, mengatakan cukai korporat akan meningkat kepada 25% mulai April tahun depan.
Dalam bajet mini versi Kwasi Kwarteng, cukai tersebut sepatutnya dibekukan pada 19%, dengan turut melaksanakan potongan cukai lain yang sejak itu telah menjejaskan pasaran kewangan.
Sementara itu, Bank of England (BOE) telah memberi isyarat untuk mempertimbangkan kenaikan kadar faedah yang mungkin lebih besar pada mesyuarat akan datang.
Bank pusat itu turut mengesahkan bahawa semua pembelian bon pada hari Jumaat (14 Oktober) seperti mana yang diumumkan pada minggu lalu.
Dalam pada itu, dolar greenback didagangkan sedikit berubah berbanding kebanyakan utama menjelang pembukaan dagangan sesi New York yang dijangka mungkin lebih aktif.