Penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Francois Villeroy de Galhau mengatakan reaksi yang diberikan oleh pelabur susulan mesyuarat polisi minggu lalu mungkin terlalu berlebihan.
Hal ini kerana, Presiden ECB Christine Lagarde telah memberi kenyataan hawkish mengenai inflasi dan sekali gus mencetuskan spekulasi oleh penganalisis bahawa kadar faedah mungkin akan dinaikkan pada akhir tahun ini.
Tidak seperti kebiasaan, Lagarde mengatakan bahawa tekanan inflasi di Zon Eropah dilihat akan berterusan lebih lama dan juga tidak menolak mengenai tiada kenaikan kadar akan dibuat pada tahun 2022.
Susulan kenyataan tersebut, mata wang euro terus melonjak lebih tinggi dan menghapuskan kerugian yang dicatatkan selepas mesyuarat polisi FOMC pada minggu sebelumnya.
Villeroy yang juga merupakan Gabenor Bank Pusat Perancis, mengatakan tindak balas oleh pelabur adalah terlalu berlebihan sejak kebelakangan ini.
Beliau juga berulang kali mengatakan bahawa ECB mempunyai pilihan untuk mengambil langkah yang berbeza bagi menormalkan semula dasar monetari mereka bermula.
Tambahnya lagi, penamatan program pembelian aset juga tidak bermakna akan berlakunya sebarang kenaikan kadar faedah, sebaliknya bakal dilakukan dengan cara yang sesuai.