Euro Buat ‘Gila’ Selepas Kejutan ECB, USD Terjun Menjelang NFP!

683

Keputusan mengejutkan mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE); dan Eropah (ECB) telah mengangkat mata wang pound dan euro lebih tinggi serta mendorong junaman buat dagangan US dolar.

BOE menepati jangkaan pasaran untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.50% dengan keputusan sebulat suara, selain turut membincangkan mengenai pengurangan pembelian bon.

Walaupun begitu, reaksi yang dipaparkan mata wang pound tidak ketara memandangkan ia memang sudah dijangkakan pada awalnya dan ada yang mengharapkan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas. Pada sesi Asia, pound didagangkan kukuh pada sekitar harga 1.3600 berbanding USD.

Hal ini sekali gus memberi peluang kepada mata wang euro untuk lebih menyerlah di paras tertinggi 3 minggu, meskipun tiada perubahan kadar faedah atau pembelian bon diputuskan pada mesyuarat ECB.

Namun, kenyataan berbaur hawkish dari Presiden Christine Lagarde mengenai kebimbangannya terhadap inflasi yang berkemungkinan kekal tinggi untuk lebih lama daripada jangkaan sebelum ini, telah menyokong euro.

Ini berbeza dengan kenyataan beliau terdahulu yang melihat tekanan inflasi hanya sementara. Menurut sumber ECB, terdapat kebarangkalian bahawa bank pusat mungkin akan menaikkan kadar pada akhir tahun ini.

Sementara itu, US dolar pula menjunam ke paras terendah hampir dua minggu, membawa indeks dolar diniagakan pada sekitar harga 95.27 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada sesi New York yang dijangka menunjukkan sedikit kelemahan pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat