Amerika Syarikat dan sekutunya dijangka tidak lama lagi akan mengenakan sekatan yang menyeluruh yang akan mensasarkan sektor perbankan dan pegawai Rusia sebagaimana yang diumumkan sebentar tadi. Bukan itu sahaja, pihak A.S dan sekutunya juga akan mengharamkan pelaburan baharu di Rusia selepas Washington dan Kyiv menuduh Moscow melakukan jenayah perang di Ukraine.
Sekatan baharu tersebut akan mengenakan sekatan tambahan ke atas institusi kewangan dan perusahaan milik negara dir Rusia. Bukan itu sahaja, pegawai kerajaan Rusia juga menjadi mangsa sasaran seperti yang dinyatakan oleh setiausaha Rumah Putih, Jen Psaki.
Menurut Psaki, Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya akan mengumumkan rincian sekatan terbaru yang akan menekan Rusia lebih mendalam dalam sektor ekonomi, kewangan. G7 dan EU yang kini memiliki pegangan ekonomi sekitar 50% daripada ekonomi akan membuatkan Rusia semakin tersepit.
Langkah sekatan terbaru ini adalah bermatlamatkan untuk ‘menghancurkan’ instrumen utama kuasa untuk negara Rusia, mendorong ekonomi Rusia untuk terus merosot dan sebagai peringatan keras kepada Rusia.
Jabatan Kehakiman A.S. pada hari Rabu juga merancang untuk mengumumkan tindakan penguatkuasaan baharu yang mengganggu dan mendakwa aktiviti jenayah Rusia. Sebelum ini, A.S dan sekutunya telah menuduh Rusia melancarkan tembakan besar-besarann sehingga melibatkan orang awam. Sehinggakan Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata pembunuhan itu adalah sebahagian daripada kempen Rusia yang disengajakan untuk melakukan kekejaman.
Rusia disisi lain mengatakan bahawa pelancaran”operasi ketenteraan khas” di Ukraine pada 24 Februari tidak melibatkan orang awam dan kenyataan Amerika adalah satu kepalsuan. Seorang pegawai kanan Perancis berkata Kesatuan Eropah juga berkemungkinan akan mengenakan sekatan baharu pada hari Rabu. Wall Street Journal melaporkan bahawa Sberbank mungkin antara bank yang disasarkan.