Penstrukturan ‘tembok besar’ Evergrande mulai membuah hasil.
Pelantikan seorang pegawai daripada unit pengurus aset negara China, Cinda Asset Management sebagai lembaga pengarah oleh Evergrande China menyaksikan saham syarikat berstatus hutang terbanyak dunia melonjak 13%.
Penstrukturan semula Evergrande yang diketuai oleh kerajaan wilayah Guandong telah menyaksikan aset syarikat itu dijangka diambil alih oleh firma milik kerajaan dan pelantikan tersebut menandakan penstrukturan semula yang dilakukan sedang berjalan lancar.
Penyedia risikan kewangan REDD pada Jumaat lalu telah menyokong saham pemaju syarikat itu yang menyasarkan untuk mengeluarkan rangka kerja pelan penstrukturan hutang Evergrande menjelang Mac.
Selain itu, penstrukturan tersebut turut menyaksikan pelan memisahkan aset luar syarikat dan menjualnya bagi membayar hutang offshore sebagai rangsangan kepada harapan pemberi pinjaman asing untuk mendapatkan semula dana.
Dalam pada itu, pemaju tersebut menyatakan akan melantik 2 ahli lembaga baharu iaitu pengarah bukan eksekutif, Ling Senlin yang merupakan pengerusi China Cinda (HK) Holdings Company Ltd dan Siu Shawn, pengerusi China Evergrande New Energy Vehicle Group Ltd.
Sementara itu, syarikat tersebut akan mengutamakan pertumbuhan perniagaan EV pada bulan Oktober berbanding operasi hartanahnya yang masih bermasalah.